Tempat Ibadat di Mantin Mantin

Masjid (Islam)[4]

Sebanyak 4 kariah berada di Mantin iaitu Pekan Mantin (Mantin Luar), Batang Benar, Kampung Gebok dan Kampung Mantin Dalam.

  1. Masjid Kariah Pekan Mantin Masjid ini telah dibina pada tahun 1957[5]. Pengasasnya adalah penduduk kampung dengan diketuai oleh Tuan Haji Abdul Latif bin Haji Mohd Katib. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Tuan Haji Mohd Katib bin Aman, JP. Perbelanjaan membina masjid adalah hasil derma orang ramai serta bantuan Kerajaan Negeri. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1980 dan 1988. Semasa dibina ahli jemaah seramai 100 orang dan kini telah mencapai jumlah seramai 700 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah kawasan tanah perkuburan dan empat buah surau.[6]
  2. Masjid As-Sodiqin, Kariah Batang Benar Masjid ini telah dibina pada tahun 1977. Pengasasnya adalah AJK Masjid. Masjid ini telah dibesarkan dan dibaiki pada tahun 1992, 1993, 1995 dan 2008. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Kerajaan Negeri. Masjid ini didirikan sebagai ganti Masjid lama yang telah buruk. Semasa dibina, ahli jemaah adalah seramai 100 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 500 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah kawasan tanah perkuburan dan tiga buah surau.[7]
  3. Masjid Nurul Iman, Kariah Kampung Gebok Masjid ini telah dibina pada tahun 1977. Pengasasnya adalah penduduk setempat. Tapak masjid yang seluas 0.75 ekar ini telah diwakafkan oleh Hajah Siti binti Haji Ali. Pembinaan Masjid telah diketuai oleh Dato' Dagang Yahya bin Haji Abdullah. Masjid ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1982. Di atas keperihatinan Kerajaan Negeri, Masjid ini telah dibina semula di tapak yang bertentangan dengan Masjid lama kerana pertambahan ahli jemaah sehingga 1000 orang.[8]
  4. Masjid Kariah Kampung Mantin Dalam Masjid ini telah dibina pada tahun 1966. Pengasasnya adalah Encik Shamsuddin bin Bacuk dan Tuan Imam Haji Alwi. Masjid ini telah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1982. Tapak masjid ini diwakafkan oleh Encik Yusof bin Yahya dan Hajah Kariah binti Haji Mohd Taib. Pembinaan masjid adalah ganti masjid lama yang telah buruk. Semasa dibina, ahli jemaah adalah seramai 150 orang dan kini mencapai bilangan seramai 300 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia lima buah kawasan tanah perkuburan dan dua buah surau.[9]

Gurudwara (Sikh)

  1. Gurudwara Sahib Mantin[10]Gurdwara Sahib Mantin dipercayai dibina pada awal 1890-an dan merupakan Gurdwara Sikh tertua di Negeri Sembilan. Bangunan baharu Gurdwara dibina pada 1901 dan siap pada Mei 1902.

Gereja (Kristian)

  1. Gereja Kebangkitan Kristus, Kampung Belihoi (1950)[11]
  2. Church of St. Aloysius, Pekan Mantin (1901)[12]
  3. Mantin Chinese Methodist Church[13]

Kuil & Tokong (Hindu & Buddha)

  1. Sri Maha Mariamman Temple, Jalan Besar, Mantin
  2. Tan Gong Xian Sheng Miao-Mantin / 譚公仙聖廟-文丁 (Tokong Cina Tham Koong, Mantin)

Rujukan

WikiPedia: Mantin http://119.110.108.124/emasjid/publicMasjid_Papar_... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18501 http://www.ktgeducation.edu.my/about/ http://www.newera.edu.my/files/imrs/publication/MJ... http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1138 http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1147 http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1148 http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1149 http://www.mpsns.gov.my/web/guest/senarai-masjid http://myliis3.mygeoportal.gov.my/upi/